Jerantut: 14 Julai 2022, Koperasi Peneroka Felda Sungai Retang dengan usahasama syarikat Musza Bestari Enterprise telah menganjurkan program perasmian Stesen Minyak Mini Smart Felda Sg. Retang yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Nazri Bin Ngah, Exco Kerajaan Negeri Pahang, Pengerusi Jawatankuasa Kuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Pulau Tawar.

Majlis yang bermula jam 5.00 petang semalam disaksikan oleh penduduk di seluruh kawasan felda sungai retang yang datang bagi meraikan perasmian stesen minyak jenama Smart.

Ikhsan media FikrahPahang